Maklumat Am

LATAR BELAKANG MASUM

Detik-detik penubuhan MASUM bermula pada tahun 1974 di atas inisiatif pegawai-pegawai sukan universiti pada ketika itu untuk mengadakan pertandingan sukan di kalangan kakitangan universiti tempatan. Pertandingan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di antara universiti tempatan. Pada tahun (1975) penganjuran sukan diantara pelajar-pelajar universiti mula diadakan sehingga kini. Pada tahun 1981, Gabungan Universiti Malaysia (GUM) ditubuhkan hasil daripada inisiatif Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Pelajar, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika itu. Sebelum penubuhan GUM, semua aktiviti sukan di IPTA dikendalikan secara ‘ad-hoc’ di kalangan IPTA. Nama GUM telah di tukarkan ke Majlis Sukan Universiti dan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (MASUIPTIM) pada tahun 1983. Pada tahun 1985, nama MASUIPTIM telah ditukar secara rasmi dan dinamakan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).
Logo MASUM

LOGO MASUM

  • Enam Gelung melambangkan enam universiti yang menjadi asas kepada penubuhan awal MASUM.
  • Buku melambangkan institusi pengajian tinggi.
  • Bunga Padi melambangkan kesepakatan dan perpaduan antara universiti-universiti.
  • Bunga Padi melambangkan kesepakatan dan perpaduan antara universiti-universiti.
  • Warna Merah, Kuning, Biru dan Putih mengikut warna bendera Malaysia.

OPERASI MASUM

Sejak penubuhannya, pentadbiran MASUM diuruskan secara bergilir-gilir (tidak tetap) di kalangan anggotanya di bawah Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor IPTA.

SUSUR JALUR UNIVERSITI YANG MENJADI SEKRETARIAT MASUM
Tahun Universiti
81/82/83 Universiti Sains Malaysia (USM)
83/84/85 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
85/86/87 Universiti Malaya (UM)
87/88/89 Universiti Putra Malaysia (UPM)
89/90/91 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
91/92/93 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
93/94/95 Universiti Utara Malaysia (UUM)
95/96/97 Universiti Malaya (UM)
97/98/99 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
00/01/02 Universiti Putra Malaysia (UPM)
03/04/05 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
05/06/07 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
08/09 Universiti Sains Malaysia (USM)
10/11 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12/13 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
14/15 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16/17 Universiti Teknologi MARA (UiTM)

KEAHLIAN MASUM

Setiap universiti yang menjadi ahli dalam Sekretariat TTNC sekarang berjumlah 20 buah universiti secara langsung akan menjadi Ahli MASUM. Manakala SUB KPT, Ketua Pengarah MSN, Pengarah HEP JPT dan Ketua Pengarah Bahagian Sukan KBS merupakan Ahli Majlis yang dilantik. Keahlian MASUM adalah seperti berikut ;

Universiti Malaya (UM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Sultan Zainal Abdin Malaysia (UniSZA)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

OBJEKTIF MASUM

  • Menggalak dan mempereratkan interaksi, persefahaman dan muhibah dalam kalangan semua pelajar Universiti.
  • Menggubal dan menetapkan dasar serta program kesukanan antara universiti.
  • Meningkatkan kemajuan dan pembangunan sukan ke arah kecemerlangan.
  • Bekerjasama dan berhubung dengan badan-badan sukan, Non-Govermental Organizations (NGO), badan-badan kerajaan dan swasta di dalam dan luar negara.
  • Merancang, mengelola dan mengurus program-program sukan.
  • Menyertai kejohanan sukan peringkat dalam negara dan luar negara.
  • Mendapatkan sumbangan, tajaan dan mentadbir sumber-sumber kewangan bagi kegiatan sukan.
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan staf sukan universiti.
312006
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
29
242
1677
194633
4556
9718
312006